JellyPages.com

Saturday, 6 April 2013

[copy] Khas untuk Encik Suami


"Gambar: Ehsan Google"


1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

3. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

4. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

5. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

6. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

7. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

8. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

9. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

10. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

11. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

12. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

13. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

14. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

15. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

16. Solat bersama dan berdoa bersama.

17. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

18. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

19. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

20. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

Ramai lelaki menganggap perkara penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.


Ehemm : SolatBersamaDanDoaBersamaInsyaAllah ;)

Friday, 22 February 2013

Semester Baru

Seriusss tak abis fikir lagi pasal jadual semester ni..Dah kene fikir pasal FYP....
Final Year Project, in semester6. Terasa macam muda lagi nak buat semua ni.(Ayat kosmet)
Nak pilih Penyelia bukan senang, tersilap pilih....Abisss laaa....
Rasanya hampir 10 pensyarah dah aku jumpa. Tapi masih belum decide lagi. Sapa la pensyarah yang bertuah dapat menyelia aku..huahua...


Sem ni banyak betul kene gerakkan otak >.<
Naik semester baru ni macam2 hal. Kereta rosak laa, problem daftar kursus la, problem nak cari penyelia la... Tapi bak kata Prof Dr Muhaya:

 'Bagi setiap alasan yang kita beri kita telah hilang satu peluang. Jika kita hidup dgn alasan yang sama maka hasil kita akan sama. Jangan salahkan orang lain'

Jadi, problem2 tu semua tak boleh jadikan alasan untuk kita gagal dalam melakukan sesuatu perkara. Daripada sibuk cari alasan, lebih baik cari penyelesaiannya..hahaha... Kononn..

Satu lagi ayat yang selalu aku dengar :

'Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah'

Saje kononn nak memotivasikan diri yang dalam kebingungan.haha! :)

Ehemm : SayangMenyayangiBantuMembatuInsyaAllahSemuaJadiMudah

Wednesday, 13 February 2013

Apa ke Nama tu?

Ramainya orang kat bandar Batu Pahat hari ni.. Nak cari parking..macam biasa la..pusing2..tak jumpa2 parking kat BP walk.. Nak pergi kat bangunan MARA je pun...

Nak pergi bangunan MARA sebab nak mengejar Kaunter Litar SSM untuk daftar perniagaan..Bukan apa untuk buat persediaan je. Lagi pun daftar perniagaan ni rasanya cuma boleh buat kat pejabat SSM kat KL and JB je kot. Alang2 dah dia ade kat BP ni..aku buat je laa...Sebenarnya belum betul2 nak buka perniagaan. Tunggu cuti panjang.. Tak mampu nak buat tengah belajar ni.

Oh! kalau nak tau kaunter2 litar ni akan gerak kemana bagi tahun 2013.. boleh la klik sini :
http://www.ssm.com.my/ cari la untuk negeri masing2. hihi..

Haa..yang ni kelender kaunter litar SSM untuk negeri Johor:
http://www.ssm.com.my/sites/default/files/mobile_counter_calendar/Johor.pdf

Sad...Nama yang dicadangkan semua ditolak, sebab dah ade orang yang guna nama tu! Lastly, nama ni je la yang dapat. haha...xpe laa.. At least meaningful bg aku..Huahua..!

Ehemm : Angan2JeTinggiAntaraSanggupAtauTakJe

Monday, 11 February 2013

Dari Memory

=.=
Apa yang dari memory? dari memory laptop ni haa....gali-gali album jumpa gamba2 lama..
Sejak dari tahun 2008~2013.

2008 : Kolej Matrikulasi Melaka (PDT spm main2 hamekk ko)
First time duduk hostel..Biasa la awal2 orientasi! memang la tak suka. Macam mandi peluh. Tapi tu la pengalamannnn.
Zaman aku ade modul2..
Modul 1 untuk student yang amek Bio, Fizik, Kimia, Math...
Modul 2 untuk student Fizik, SainsKom, Kimia, Math..
Iye la kot...tak berapa ingat..sekarang tak tau pulak mcm mane sistem PDT ni haa..
Aku amek Modul 2...kahkahkah..Bio hancuzzz

2009 : Kolej Matrikulasi Melaka
Masih di sini, biasa lee..kate PDT..konon2 time ni dah kira PST laa...
PST pulak...ade...Sains Fizikal, Sains Hayat & Akaun.. Opkos la aku amek Fizikal...
Subjek sikit je...Fizik, Kimia, Math, Bi...tapi....chapter dlm setiap subjek perghh..mcm nak muntah..
Tapi Alhamdulillah...lepasssss...

Ahli2 Suruhanjaya Pilihanraya Kolej (SPRK) *konon2nya la..haha*

Ni laa..muka2 yang kena ngadap 2semester *classmate*


2010~2013 : Universiti Putra Malaysia
Haa....dahh kat U dah...teringat dulu mase kecik2 'nak blaja rajin2, nak masuk U'.hahaa, duluu kecik2, biase la.
Tahun 2013 ni dah 3rd year semester6 dah..InsyaAllah tahun depan grad...>.<"
Oh tak sabarnya nak abis belajar. Ni ha nama kos yang aku amek : Bac. Sains dgn Pendidikan- Major Fizik. 

kosmet- 1st Year. Mase ni tak bape kenal
Ni dah 2nd year..Bila dah kenal..ni la jadinya.haha
 -THE END-

Eh, kejap2 ade 2orang kosmet sekelas mase kat metrik! tak sangka..Tila n Mimie! hoyeahhh..k Bye


Ehemm : SayangKosmetMerekaBanyakMembantu

Monday, 28 January 2013

Majlis Akad Nikah

Huaaa....Tahniah buat Piqa...Selamat Pengantin Baru!! semoga kekal hingga ke akhir hayat dan bahagia dunia dan akhirat, InsyaAllah..
27/01/2013 merupakan hari yang bermakna buat beliau :)
Sebelum jadi isteri orang, selalu cakap kat dia
'lepas ni ko tak boleh kawan dgn aku, kawan dgn mak2 je,haha'
Sebenarnya tak de motif pun cakap gitu..gurau2 je..hahaha...

Sampai2 je rumah pengantin, terus masuk bilik pengantin...sambil tunggu bakal suami die sampai (masa tu belum nikah lagi)..ambil2 gamba kejap...riuh2 kejap..pengantin tak reti nak duduk diam..hahaa..

Okay2, dah sampai dah bakal suami Piqa..kitorang jengah2 dari langsir bilik....
Dengan sekali lafazz je Piqa dah sah jadi isteri oranggg.. hee..happy for her...

Memang betul, Kita tak tahu siapa jodoh kita...

Pakai baju jahit sendiri tu..hahaaa


Ehemm : YaAllahBerilahAkuJodohYangTerbaik

Friday, 25 January 2013

Trial : Kurung Moden

:)
Fikir-fikir... nak buat ape...
Makan, tidur, online...
So, semalam ajak adik pergi Nagoya..
Semalamkan cuti Maulidur Rasul..ramailahh manusia2 di shopping mall.
Lagi2 dah nak Tahun Baru Cina ni...uh..Susah nak dapat parking.

Lepas je dapat parking terus pergi Nagoya. Set kat kepala, 'beli kain murah2 je myra, baru nak cube2 buat, belum tau jadi ke tak.kang tak jadi membazir pula'.
Pilih2 kain dengan adik, okay...dah dapat. Total : RM26. haha.

Balik je terus potong2 kain, smpai la malam..dengan pertolongan mak, hihi....kira jadi la juga...and ni laa hasilnyaa.....

Tudung ni main sarung je..ehe..
Boleh la ni, dari tak boleh pakai...hahaha...
Nak jahit baju ni perlu kan kemahiran..bukan teori semata macam selalu belajar dalam kuliah tuu..haishh..

Ehemm : KemahiranDanTeoriDuaBendaYangBerbeza

Tuesday, 22 January 2013

Panduan - PORTALISLAM

Lepas balik makan, dah kenyang..duduk mengadap laptop dalam bilik sorang2...google-google...then, TERbuka this website Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) rasanya this website is very useful for Muslims. Dah ramai pun yang tau sebenarnya, tapi nak share jugak...heee.

Portal JAKIM ni pernah dapat 5STARS in Malaysia Gov. Portals & Websites Assessment 2012! :)


Kalau takde apa2 nak buat try laa jenguk2 portal ni..Macam2 ada...

kat e-Jakim ni ade banyak 'eee'. pilih je nak yang mane.


Contoh when we click at e-Quran terjemahan, then it will appears this page:

boleh la pilih nak surah apa untuk terjemahannya, MUDAH!

Ada juga Rujukan:


Just nak share website ni http://www.islam.gov.my/ boleh laa rajin2 jenguk untuk informasi dan panduan.

*******
Maulidur Rasul disambut pada 12 RabiulAwal, sempena kelahiran Baginda Rasulullah SAW. Pada tahun ini Maulidur Rasul jatuh pada 24 Januari.
Tema peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH".
Salam Maulidur Rasul 1434H.

*******
Ehemm: GunaKemudahanYangAdaSepenuhnya

Saturday, 19 January 2013

Trial: Mango Crepe

Sabtu malam punya hal...
Tak tau nak buat apa, pergi The Store dengan mak cari bahan2 untuk buat durian crepe kononnya.hehe!
Tapi cari durian tak jumpa, maklumlah sekarang bukan musim durian.  Last2 jadi mango crepe ^_^

Mango Crepe lima ketul je!
First time buat ni, hehe...tu yang nampak tak berapa cantik. Rasa pun belum..tak tau sedap ke tak..
Simpan dalam peti ais dulu, biar sejuk..esok baru rasa...hehee...


"Isi dalamnya krim dan mangga"

Ehemm : EsokBaruRasaHarap2LaSedapHehe!




Friday, 18 January 2013

Selamat Hari Lahir Mak

15 Januari 2013 yang lepas b'day mak yang ke-45. Selamat Hari Lahir Mak! Semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan bahagia di dunia dan akhirat. You are the only one. We olls love you :)


Here is my lovely Mak and Abg Emi
B'day Mak, tapi Mak yang buat kek sendiri..hehe..kek b'day untuk this year tak sempat nak amik. Ni kek LAST YEAR. I help her to decorate this cake! yeay.




Sapa2 yang nak buat tempahan boleh la order dengan Mak. hehe.. Next week Mak ada tempahan kek untuk wedding kakak sedara!

Ehemm : SemogaMakSihatSelaluSapaTakSayangMakOi 

The Reason

Semester break, for 5th semester. 

Satu hari menghadap facebook and twitter...

Change background kat twitter, change cover photo kat facebook...

So, cuba2 pula buat blog.

huaa..angan2 ke ni...? tengok je la nanti macam manee...

Ehemm : tryToBeNiceOnMyBlog